Wednesday 6 May 2015

MT : Sibu

Assalamualaikum 

Seperti yang aku dah janjikan hari tu, entry kali ni aku nak cerita pasal pengalaman kembara aku sepanjang aku berada kat Sarawak ni. huhu

Sarawak seperti yang korang tau, negeri yang paling besar kat Malaysia. Memang best. Kalau kat semenanjung, 3 jam je kau dah boleh seberang ke negeri lain. contoh kau nak ke Melaka dari Batu Pahat, mungkin amik masa 3 jam. Tapi kat Sarawak, kalau 3 jam je, kau hanya boleh sampai daerah lain je. Contoh : Kuching- Sri Aman (Estimate: 3 jam)

Punyalah besar Sarawak ni. Fuhhh. 

Tapi, memang berbaloi kalau kau travel kat Sarawak ni. Culture macam-macam. Terang benderang mata kau tengok kat sana. Sejuk. Banyak hutan. Just the way I like it.

Pada yang tak tau. Aku nak beritahu. Kat Sarawak, DAH TAK DE eyh orang duduk atas pokok. I didn't even know that people actually live on trees on the first place. Aku tak pasti such thing wujud atau tidak. Mungkin ada sesetengah orang yang judge Sarawak ni macam mana.

Sarawak + Hutan = Mundur (What the fish?)

Susah nak cerita kat sini. Senang cerita, sapa yang ada such kind 'minda kelas ketiga' ni sila sila lah datang Sarawak. Biar terbeliak mata korang tengok Sarawak ni macam mana.

Ok berbalik pada cerita. Aku tak rancang pon nak ke Sibu sebenarnya. tapi memang daripada aku jejak kaki ke Sarawak ni, aku nak jadi adventurous punya orang. Nak travel. Backpacker. Rambo la sikit kan. Bukan selalu.

NAk dijadikan cerita, abang member aku kat sini dapat kerja kat Kapit. Kawan aku yang merangkap adik dia ni kononnya nak jenguklah abang dia. Bincang-bincang semua nyonyet sikit, akhirnya dapatlah permission daripada abang and family. Tapi abang dia suruh turun kat Sibu je sebab sedang elok abang dia ada kat Sibu that time. Dengan berbekalkan kekuatan minda dan kasih sayang adik kepada abangnya (cewahh), akhirnya aku dan kawan aku memulakan perjalanan ke Sibu.

Thank you Taro sebab pagi-pagi dah tolong hantar kiteorang g station bus :D

Tiket ke Sibu ni RM50 je sorang. Gerak jam 8.30 pagi. Perjalanan 6 Jam (sepatutnya)

Actually plan kami is balik hari. taknak lah susahkan abang dia sewa hotel semua. Tapi sudahnyaaaa...

Perjalanan 6 Jam kami, jadi 8 jam nok. haha. terkesima istana kaca mak. Tak tau sebab apa boleh jadi lama macam tu. Maybe sebab driver buat pit-stop ambil barang orang kirim ke Sibu. Aku dengan Tungau dah gundah gulana ni. Yelah, plan nak balik hari je. Dah kalau sampai pukul 4.30 ptg, nak balik hari apanya. Choiiii.

Jadi kami pon sewalah bilik hotel. Tak ingat berapa harganya sebab yang sponsor is abang member aku. Muehehehe

Sumber: Google

Oklah bilik dia. Harga pon murah. Berbaloi untuk travellers.

Hotel ni tengah-tengah bandar ye adik-adik. Dekat dengan everything. Senang. Tak silap aku, majoriti penduduk kat Sibu ni is Chinese. Oklah. Suasana kat Sibu ni bagi aku, macam sama feeling kat Kuching. (I likeeeee)

Sampai je hotel, (Lepas makan semua-kebuluran), lepak la sekejap. Tapi yang best dan kebetulan, aku ada kawan kerja kat sini. So malam tu, keluar sekejap jumpa dia. Tungau taknak ikot aku keluar. Yang bestnye kawan aku ni polis. Jadi taklah risau pasal security semua. Tapi yang tak bestnye adalah ramai yang kenal dia. kemana-mana, ada je orang tegur dia. Hampehhh.

Disebabkan kat bandar Sibu ni kurang makanan orang Islam, jadi member aku ni bawa aku ke port makanan islam. Tapi jauh sikit dari Bandar Sibu. Ala, kalau korang ada kereta, boleh je. Macam backpacker macam aku ni, dah celah mana pulak aku nak sewa kereta time terdesak macam ni. Nasib baik ada kawan. hehe.

Nama kedai tu tak silap SUMBER REZEKI. dia macam food court makanan Islam, tapi tradisional punye. Ha. kau imagine lah sendiri.

Sumber: suituapui.wordpress.com

Macam-macam makanan ada. Sedap-sedap. Cume kena pilih je ikot selera tekak korang :D

Keesokkan harinya. Ha. inilah yang aku nak cerita bebeno dengan korang. Kiteorang dah tanak guna bas lagi, Sebab takut lama lagi macam semalam. Jadi kami guna pengangkutan lain, iaituuuuu



BOT LAJU. Yihaaaaaa
Sumber: Google

Ini bukan actual bot yang kami guna, tapi nak bagi korang gambaran sebenar bot yang kami guna. hehe. Bukan sampan, bukan bot pancing. Tapi bot ini ya anak-anak.

Menggunakan laluan di Sungai Rajang, Mengambil hanya 5 jam (oklah tu, daripada 8 Jam kiteorang kena time naik bas). Stop mengambil penumpang hanya dua kali. Kalau tak silap Sarikei dan Tanjung Manis. Sebab tu simpan tiket sebab untuk setiap dua perhentian tu, akan ada pakcik check tiket kau balik.
 Sangat-sangat best. Akhirya tercapai hajat kami nak guna pengangkutan air di Sarawak. Selalu naik perahu kat Waterfront je untuk ke Kek Lapis Mira and Kek LApis Dayang Salhah. hehe. Tapi sekarang, tak main dah bot tu. Naik bot laju pulak.

Sebelum naik ke bot, Kami perlu isi satu list nama, no kad pengenalan, dan umur. Masa nak isi tu seram. Terbayang pulak bila ada kejadian bot karam atau lemas kat sungai, senarai macam tu lah yang akan di siarkan kat TV. Yang macam kita selalu tengok tu. Tapi, ajal tu kat mana-mana, geng. So, takpayah risau sangat.

Sepanjang perjalanan, macam-macam kiteorang nampak. Obor-obor tu biasa . Dolphin yang tak biasa. haha. Ada Dolphin kekkk. Kira-kira satu jam lebih je kau ada kat Sungai Rajang. Lepas tu, kau akan nampak laut biru je. Tak ke Fantastic baby camtu. Masa naik bot ni, rasa betul-betul macam travellers. Betul-betul macam perantau. Tak boleh cerita macam mana seronoknya tu. Walaupon ini bukan my first time naik bot laju, tapi kat sini lain feeling nya. Ntah la. tak tau nak cakap macam mana lagi. hehe. Laut tenang je. Fikiran kau melayang ntah kemana. Fikir dosa, Fikir pahala kau buat. Indahnya ciptaan Allah. Awan terbentang luas. Bila tengok penumpang lain, kau akan terbayang-bayang tujuan diorang nak datang ke Kuching (Time tu nak Good Friday, jadi ramai orang balik kampung. Yihaaa). 5 Jam ye. 5 Jam aku hanya duduk kat luar. Tapi ada bumbung lah. Tak nak masuk-masuk. Sekali. Nah kau. SUNBURN. ahahhaha. Padan muka aku. Gelojoh sangat 5 Jam tak masuk-masuk dalam. Even, masa aku tengah taip entry ni, tak hilang-hilang lagi sunburn aku. hehehe

Hai :D ahahaah

Tapi takpelah. Pueh ati mak. Bak kata Tungau:

"Kereta dah naik. Bas dah naik. Kapal terbang dah naik, Motor dah naik. Bot pon dah naik. Kereta api dengan Kapal Selam je belum naik :D"
                                                                                  (Tungau, 2015)


Kemain >_<


Sampai Batu Kawa, Kuching dalam pukul 4.30 ptg. Balik rumah ada kawan kiteorang amik. Sesungguhnya travel dalam keadaan Rambo + Friendship adalah yang terbaik. Oh yeah :D

Selamat tinggal bungaku..

                                             
                                                                                            Yang sedang-sedang:
                                                                                  Rabbiatul







No comments:

Post a Comment